Theme Preview Rss

Pantun

Pantun Dua Kerat

Bersihkan diri bersihkan hati,
Budi yang tinggi dibawa mati.

Lima enam tujuh lapan,
Hidup mesti ada tujuan.

Anak sepat dalam bubu,
Bangun cepat baca buku.

Hati resah fikiran buntu,
Orang susah kita bantu.

Sungguh berkhasiat buah kelapa,
Rajin belajar semasa muda.

Basikal tua tersangkut-sangkut,
Nasihat orang tua mesti ikut.


0 comments:

Post a Comment